5 TUTORIAL MENJAHIT BEG UNTUK BEGINNER
Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara membuat beg yang simple dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana, inilah tutorial yang terbaik untuk anda. Tutorial ini sangat sesuai untuk beginner yang baru belajar menjahit.
Anda boleh menggunakan kain canvas, cotton, linen atau apa sahaja kain yang anda suka. Asalkan kain tersebut memiliki ketebalan dan struktur yang mampu menampung berat barang-barang anda di dalam beg nanti.
Kalau sebelum ini anda tidak pernah menjahit beg, saya menggalakkan anda mencuba salah satu daripada 5 tutorial ini. Menjahit beg bukan sahaja menyeronokkan, tetapi ia juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menjahit.
Saya sendiri pun teringin nak menjahit beg-beg ini. Dahlah simple je cara nak buat, beg nampak comel pulak tu.
#1 Tote Bag
Sumber: DIY Today’s Sewing & Embroidery
Tote bag boleh digunakan sebagai beg untuk pergi ke kelas, ke pantai, membawa kelengkapan bayi atau ketika membeli-belah. Bagi anda yang kurang berminat membawa beg yang ‘ringan’, anda pasti sukakan beg seperti ini. Bermacam-macam jenis barang boleh dimasukkan samaada besar ataupun kecil.
Fabrik
Anda boleh menggunakan kain belacu, canvas atau cotton twill.
Pola Beg
Sila lihat gambar dibawah ini untuk bayangan yang lebih jelas.
Bahagian Luaran Beg
Tali Pemegang Beg
Bahagian Poket
Bahagian Bawah Beg
Bahagian Lining
Tutorial
#2 Menjahit Mini Pouch
Sumber: Harimogura’s Sewing Time
Kalau anda ada banyak lebihan kain cotton, anda boleh membuat projek jahitan ini. Daripada anda membuang lebihan kain yang ada, lebih baik anda menggunakan kain tersebut untuk menjahit beg yang comel ini.
Mini Pouch ini sangat sesuai dijadikan sebagai tempat menyimpan kunci, kad, gula-gula, getah rambut dan sebagainya.
Fabrik
Anda boleh menggunakan kain belacu dan kain cotton.
Pola Beg
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
Bahagian Luaran Beg
Aksesori dan Bahagian Dalam Beg
Tutorial
Klik gambar untuk menonton tutorialnya
#3 Menjahit Lunch Bag
Sumber: Handmade SunMoon
Comel betul beg ni! Di Jepun, mereka gunakan lunch bag ini untuk membawa kotak bento. Disebabkan lunch bag ni sangat comel, anak-anak boleh bawa bersama bekal ke sekolah. Anda juga boleh menggunakannya sebagai tempat menyimpan mekap, barangan kemas dan sebagainya.
Fabrik
Anda boleh menggunakan kain belacu atau kain cotton yang mempunyai corak yang comel dan menarik.
Pola Beg
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
Bahagian Dalam Beg
Bahagian Luar Beg
Jangan lupa 2 pasang plastic snaps
Tutorial
#4 Menjahit Reusable Grocery Bag
Sumber: Daisy Love Country Life
Ini adalah tutorial beg yang paling simple! Anda hanya perlu menyediakan sehelai kain dan satu bias tape sahaja untuk menjahit beg ini.
Yang best sekali, anda boleh melipat dan menyimpan beg ini di dalam handbag sebagai extra bag ketika shopping. Kalau ada beg ni, tidak perlulah tercari-cari beg lain bila sampai ke kaunter pasaraya nanti.
Fabrik
Anda boleh menggunakan kain belacu, cotton twill ataupun kain yang kalis air seperti beg Ikea.
Pola Beg
Anda hanya perlukan ini sahaja
Tutorial
#5 Menjahit Drawstring Bag
Sumber: Handmade Channel At Will
Apa yang best pasal beg ni ialah... beg ini bukan sahaja comel, tetapi ada poket! Selain itu, anda boleh mengubah beg ini menjadi tote bag (seperti gambar di atas) ataupun drawstring bag apabila talinya ditarik.
Dari kelima-lima tutorial beg ini, mungkin tutorial ini agak mencabar sedikit dan anda perlu gunakan banyak pola. Sesekali cubalah menjahit beg yang mencabar sikit, kan.
Fabrik
Anda boleh menggunakan kain cotton canvas, cotton twill atau apa sahaja kain yang tahan lasak. Jangan lupa untuk siapkan interfacing sekali.
Pola Beg dan Alat Jahitan
Tutorial
Kesimpulan
Saya harap anda pun rasa tidak sabar-sabar untuk mengikuti tutorial beg yang saya kongsikan ini. Beg-beg ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk kegunaan sendiri, anda juga boleh hadiahkan beg yang anda jahit sendiri kepada kawan-kawan, anak buah, emak dan sesiapa sahaja.
Happy sewing!
Ulasan
Catat Ulasan