Catatan

BELAJAR MENJAHIT DARI ZERO

Imej
Bagi yang pertama kali ingin belajar menjahit dari zero, anda perlukan mesin jahit. Baru-baru ini, saya telah membuat review tentang 15 Mesin Jahit Portable Yang Sesuai Untuk Beginner yang dijual pada harga yang sangat berpatutan. Tapi apa sahaja mesin jahit yang saya cadangkan dalam post tersebut, tidak bermakna itu adalah mesin jahit yang terbaik untuk anda.  Sebenarnya, ada beberapa aspek yang perlu diperhatikan sebelum membeli mesin jahit dan ada beberapa soalan yang kita perlu tanya kepada diri kita sendiri sebelum mengeluarkan duit untuk membeli mesin jahit. Lebih-lebih lagi kalau anda tidak pernah menjahit dan tidak pernah menyentuh mesin jahit. Agak memeningkan kepala nak memilih mesin jahit ni. Silap-silap boleh jadi stress sebab bingung nak pilih yang mana satu. OK, saya nak kongsikan langkah demi langkah mencari mesin jahit yang sesuai dan terbaik untuk anda. Secara spesifik, ada 7 soalan yang anda perlu jawab sebelum mencari mesin jahit yang sesuai. Soalan-soalan ini say

5 TUTORIAL MENJAHIT BEG UNTUK BEGINNER

Imej
Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara membuat beg yang simple dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana, inilah tutorial yang terbaik untuk anda. Tutorial ini sangat sesuai untuk beginner yang baru belajar menjahit. Anda boleh menggunakan kain canvas, cotton, linen atau apa sahaja kain yang anda suka. Asalkan kain tersebut memiliki ketebalan dan struktur yang mampu menampung berat barang-barang anda di dalam beg nanti. Kalau sebelum ini anda tidak pernah menjahit beg, saya menggalakkan anda mencuba salah satu daripada 5 tutorial ini. Menjahit beg bukan sahaja menyeronokkan, tetapi ia juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menjahit. Saya sendiri pun teringin nak menjahit beg-beg ini. Dahlah simple je cara nak buat, beg nampak comel pulak tu. #1 Tote Bag Sumber: DIY Today’s Sewing & Embroidery Tote bag boleh digunakan sebagai beg untuk pergi ke kelas, ke pantai, membawa kelengkapan bayi atau ketika membeli-belah. Bagi anda yang kurang berminat membawa beg yang ‘ringan’, anda pasti

CARA MEMILIH KAIN YANG SESUAI UNTUK DIJAHIT BEGINNER

Imej
Macammana nak pilih kain yang sesuai untuk dijahit oleh beginner yang baru belajar menjahit? Dalam post ini saya akan terangkan secara mendalam mengenainya. Setiap kali saya pergi ke kedai kain, saya mesti rambang mata. Saya rasa anda pun sama juga, kan. Memang kalau boleh semua kain yang cantik-cantik kita nak beli. Tapi adakah kain itu boleh dijahit dengan mudah? Disini saya nak kongsikan beberapa tips macammana nak beli kain yang mudah dijahit, harga berpatutan dan sebagainya. Memilih Kain Yang Sesuai Untuk Dijahit Langkah pertama yang anda perlu buat ialah memilih kain yang sesuai dengan projek jahitan anda. Terdapat dua jenis kain yang boleh dijahit untuk membuat pakaian, iaitu: kain woven. kain knit. Kain woven adalah kain yang mempunyai tahap regangan yang sedikit, manakala kain knit adalah kain yang mudah diregangkan ataupun lebih dikenali sebagai kain stretchable . Zaman sekarang ramai yang suka memakai pakaian yang memeri( stretchable ). Tetapi sebagai seorang beginner adal

5 GUNTING FABRIK UNTUK MEMOTONG KAIN

Imej
Ketika menjahit, gunting adalah alat jahitan yang sangat penting yang kita perlu sediakan. Nak taknak, kita tetap kena menggunting kain. Sebab itulah, ada yang sanggup mendapatkan gunting fabrik yang berkualiti supaya dapat dijadikan satu investment yang boleh digunakan dalam jangkamasa yang panjang. Kebanyakan tukang jahit mengakui gunting yang berkualiti akan memberikan hasil kepuasan yang berbeza dibandingkan dengan gunting yang kurang berkualiti. Jadi, memilih gunting fabrik yang betul tidak boleh dipandang remeh. Perbezaan Gunting Fabrik dan Gunting Biasa Kalau anda pernah memotong kain menggunakan gunting biasa, anda mungkin pernah rasakan betapa susahnya memotong kain dengan betul. Hasilnya akan menjadi tidak tepat ataupun kainnya menjadi tidak sekata. Akhirnya, kain itu pun tidak boleh dipakai lagi. Menurut Carolyn Friedlander , menggunakan gunting fabrik yang bagus akan memberikan kepuasan dan mood yang baik walau apapun projek yang dilakukan. Gunting yang bagus memudahkan kit