CARA MEMILIH KAIN YANG SESUAI UNTUK DIJAHIT BEGINNER
Setiap kali saya pergi ke kedai kain, saya mesti rambang mata. Saya rasa anda pun sama juga, kan. Memang kalau boleh semua kain yang cantik-cantik kita nak beli.
Tapi adakah kain itu boleh dijahit dengan mudah?
Disini saya nak kongsikan beberapa tips macammana nak beli kain yang mudah dijahit, harga berpatutan dan sebagainya.
Memilih Kain Yang Sesuai Untuk Dijahit
Langkah pertama yang anda perlu buat ialah memilih kain yang sesuai dengan projek jahitan anda.Terdapat dua jenis kain yang boleh dijahit untuk membuat pakaian, iaitu:
- kain woven.
- kain knit.
Kain woven adalah kain yang mempunyai tahap regangan yang sedikit, manakala kain knit adalah kain yang mudah diregangkan ataupun lebih dikenali sebagai kain stretchable.
Zaman sekarang ramai yang suka memakai pakaian yang memeri(stretchable). Tetapi sebagai seorang beginner adalah lebih baik anda mulakan dengan menjahit kain yang kurang stretchable seperti kain woven.
Secara ringkasnya, kain woven adalah kain yang ditenun. Kain ini biasanya tahan lasak dan mudah dipotong mengikut bentuk yang diinginkan kerana teksturnya yang stabil.
Ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan ada juga yang diperbuat daripada bahan sintetik. Kadang-kadang kain ini diperbuat daripada campuran kedua-duanya. Contohnya, 100% cotton(semulajadi) ataupun 80% cotton, 20% polyester(campuran).
Ciri-Ciri Kain Yang Mudah Dijahit
Kain yang mudah dijahit mestilah tidak terlalu berat dan berada di dalam kategori kain woven seperti kain cotton.Kain woven memiliki ciri-ciri seperti berikut:
- lebih tahan lasak daripada kain knit.
- lebar kain biasanya 45/60 inci.
- tidak terlalu stretchable.
- permukaan dan tekstur kain adalah halus.
- perlu diseterika dalam suhu sederhana.
Kain yang stretchable ini agak mencabar untuk dijahit bagi seorang beginner sebab kainnya licin dan mudah diregangkan ketika dijahit. Sebaik-baiknya pilihlah kain yang bertekstur stabil dan tidak bercorak, contohnya kain cotton.
Apabila sudah mahir menjahit kain cotton, barulah anda boleh cuba menjahit kain woven yang licin pula seperti kain satin.
Contoh Kain Woven Yang Terbaik Untuk Dijahit
Polyester dan polycotton adalah kain woven yang terbaik untuk beginner. Kedua-dua kain ini bukan sahaja mempunyai tekstur yang stabil, harganya mampu milik dan kainnya pun ringan.
Antara sebab kenapa kain polyester menjadi pilihan ramai untuk membuat pakaian:
Antara sebab kenapa kain polyester menjadi pilihan ramai untuk membuat pakaian:
- Kainnya lebih tahan lasak
- Lebih selesa dibuat pakaian
- Mudah dicuci
- Harga berpatutan
Jadi, bila masanya anda boleh menjahit kain knit?
Selepas anda sudah mahir menjahit kesemua kain jenis woven, barulah anda boleh mula menjahit kain knit pula.
Selepas anda sudah mahir menjahit kesemua kain jenis woven, barulah anda boleh mula menjahit kain knit pula.
Cara Membeli Kain Untuk Dijahit
Sebelum membeli kain, pastikan anda membuat beberapa persediaan, seperti:1. Memilih Projek Jahitan Yang Mudah
Sebelum memilih kain, pastikan projek jahitan anda:- sesuai untuk beginner
- tidak mengandungi teknik jahitan ropol-ropol
- tidak mengandungi teknik jahitan yang melengkung
- mudah dan banyak menggunakan jahitan lurus.
Selain itu, anda juga perlu tahu ukuran fabrik, warna benang, butang dan alatan jahitan lain yang anda perlukan.
2. Pastikan Ukuran Lebar Kain Adalah Betul
Menentukan lebar kain yang betul adalah amat penting. Lebar fabrik yang salah boleh menyebabkan projek jahitan anda tergendala. Biasanya di Malaysia, lebar kain biasanya dalam bidang 45 ataupun bidang 60.Untuk mengetahui arah lebar kain, anda boleh membaca post ini.
3. Memahami Ciri-Ciri Kain Yang Ingin Dibeli
Mengutamakan corak kain sahaja tidak cukup dalam pemilihan kain yang betul. Pastikan anda tahu ciri-ciri kain yang ingin dibeli seperti ukuran lebar kain, tahap keregangannya dan berat kain tersebut.Kalau anda tidak pasti tentang ciri-ciri kain yang ingin dibeli, anda boleh menguji tahap keregangannya (stretchable). Semakin tinggi tahap keregangan kain, semakin TIDAK sesuai kain tersebut dijahit oleh beginner.
Selain itu, anda juga perlu tahu cara mencuci kain yang anda akan beli. Ada sesetengah kain hanya perlu dicuci menggunakan dry cleaning. Tapi sebagai seorang beginner, lebih elok kalau anda memilih kain yang boleh dicuci seperti biasa di mesin basuh.
Jenis-Jenis Kain Yang Sesuai Dijahit Untuk Beginner
Kain Cotton
Kain yang diperbuat daripada 100% kapas adalah pilihan yang sangat sesuai untuk beginner. Kain ini mudah dijahit, harga berpatutan dan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.Kain ini juga amat sesuai digunakan untuk membuat bermacam-macam jenis projek jahitan seperti membuat pakaian, scrunchies, beg dan sebagainya.
Quilting Cotton
Ini adalah kain cotton yang keras dan sesuai digunakan untuk menjahit langsir dan beg. Tetapi, ianya kurang sesuai untuk membuat pakaian sebab kainnya yang keras dan kejung.Broadcloth
Ini adalah jenis kain cotton yang paling sesuai untuk menjahit pakaian. Kainnya tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan.Pastikan anda mencuci fabrik ini terlebih dahulu sebelum mula membuat projek jahitan anda sebab kainnya boleh mengecut selepas sekali basuhan.
Linen
Linen diperbuat daripada biji rami yang merupakan bahan semulajadi dalam pembuatan pakaian.Jika dibandingkan dengan kain cotton, linen amat sukar untuk dibuat menjadi fabrik kerana ianya sukar ditenun. Sebab itulah kain yang 100% linen amat mahal harganya.
Linen juga adalah fabrik yang paling stabil dan paling tahan lasak. Ia selalu digunakan untuk membuat pelbagai jenis produk seperti pakaian, alas meja, cadar, langsir, permaidani dan juga tali.
Apa yang bezanya, kain fleece lebih murah, lembut dan selesa daripada kain wool. Ia sesuai digunakan untuk membuat anak patung dan juga selimut.
Ia biasanya dicampurkan dengan kain kapas(atau yang diperbuat dari bahan semula jadi) supaya pakaian yang dipakai adalah selesa dan tidak panas.
Kain polyester ini juga pernah diboikot secara besar-besaran oleh pecinta alam sekitar kerana penggunaan plastik dalam pembuatan kainnya.
Selain itu kain satin juga digunakan untuk membuat cadar, sarung bantal, selendang, baju tidur dan tali leher.
Kalau ingin membeli kain sutera yang berharga berpatutan, biasanya ianya diperbuat dari bahan sintetik. Kebanyakan orang menggunakan kain sutera untuk menjahit pakaian formal.
Kain velvet mempunyai tekstur yang licin dan lembut. Ianya sesuai digunakan dalam pembuatan pakaian dan hiasan rumah yang menonjolkan kemewahan.
Kain Canvas dan Denim
Kain ini sangat tahan lasak dan sesuai untuk menjahit barangan seperti seluar jeans, bantal, beg, selipar, kasut dan perabot.Kain Felt
Ini adalah kain yang kukuh dan tidak mudah terurai apabila dipotong. Kain ini sesuai digunakan untuk membuat projek kraf seperti topi dan peralatan hiasan yang simple.Kain Fleece
Kain ini mempunyai sifat penebat haba yang baik dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan kain wool.Apa yang bezanya, kain fleece lebih murah, lembut dan selesa daripada kain wool. Ia sesuai digunakan untuk membuat anak patung dan juga selimut.
Kain Polyester
Kain polyester diperbuat daripada plastik dan sangat mudah terbakar. Walau bagaimanapun, kain polyester telah digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian pada zaman sekarang.Ia biasanya dicampurkan dengan kain kapas(atau yang diperbuat dari bahan semula jadi) supaya pakaian yang dipakai adalah selesa dan tidak panas.
Kain polyester ini juga pernah diboikot secara besar-besaran oleh pecinta alam sekitar kerana penggunaan plastik dalam pembuatan kainnya.
Rayon
Rayon adalah kain yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis produk. Ia digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian dan sangat sesuai dipakai di negara yang beriklim panas.Satin
Satin bersifat lembut, licin dan berkilat dan sesuai digunakan dalam pembuatan pakaian dan perabot yang mewah.Selain itu kain satin juga digunakan untuk membuat cadar, sarung bantal, selendang, baju tidur dan tali leher.
Kain Sutera
Ini adalah kain yang diperbuat daripada ulat sutera dan bertekstur licin dan berkilat. Kain ini amat selesa dan mahal.Kalau ingin membeli kain sutera yang berharga berpatutan, biasanya ianya diperbuat dari bahan sintetik. Kebanyakan orang menggunakan kain sutera untuk menjahit pakaian formal.
Kain Velvet
Dikenali juga sebagai kain baldu dan merupakan kain jenis woven yang stretchable. Kalau anda masih baru pertama kali menjahit, anda tidak digalakkan menjahit kain ini.Kain velvet mempunyai tekstur yang licin dan lembut. Ianya sesuai digunakan dalam pembuatan pakaian dan hiasan rumah yang menonjolkan kemewahan.
Kesimpulan
Semoga panduan ini dapat membantu anda mencari kain yang sesuai untuk memulakan projek jahitan anda.Sebaik-baiknya, jika anda masih beginner belilah kain yang murah dan mulakan dengan kain cotton dahulu.
Saya harap post ini dapat memberi inspirasi untuk anda menjahit dengan lebih tekun lagi.
Ulasan
Catat Ulasan